maka berkatalah yahudi
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia
sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui
dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
(Surah Al-Baqarah : 237 )
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah
S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan
orang-orang Yahudi, lalu berkata: ‘Ya Muhammad, kami
hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak
diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau
malaikat muqarrab.’"
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: ‘Silakan bertanya.’
Berkata orang Yahudi: ‘Silakan terangkan kepada kami
tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas
umatmu.’
Sabda Rasullullah S.A.W.:
Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,
Solat Asar - itu ialah saat ketika Nabi Adam
A.S.memakan buah Khuldi,
Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat
Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang
Maghrib engan ikhlas kemudian dia berdoa meminta
sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulk!
an permintaannya.
Solat Isya’ - itu ialah sembahyang yang di kerjakan
oleh para Rasul- Rasul sebelumku,
Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini
kerana apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2
tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.’
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari
Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benar
apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada
kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang
sembahyang.
Rasullullah S.A.W bersabda:
‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang
yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya
neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan
sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya
wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.’
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar,
adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah
Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar
akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang
bermaksud:’Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sekali sembahyang yang pertengahan, Solat Maghrib itu
adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang
Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah
akan perkenankan. ‘Sabda Rasullullah S.A.W. Solat
Isya’(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap
dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin
yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi
menunaikan sembahyang Isya’ berjamaah, Allah S.W.T.
haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan
diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.’
Sabda
Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula,
seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh
selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah
S.W.T. dua kebebasan yaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari
Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: ‘Memang
benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah
Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas
umatmu?’.
Sabda Rasullullah S.A.W.:
‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang,
lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.
selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke
atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari.
Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai
kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk Nya.’
Kata orang Yahudi: ‘Wahai Muhammad, memang benarlah
apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami
ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’
Sabda Rasullullah S.A.W.
‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan
dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh
Allah S.W.T tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya
(daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat
mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat
untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.’
Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua
para nabi-nabi.’
Sabda Rasullullah S.A.W.:’Seorang nabi mengunakan doa
mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya
tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan
memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).’
Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu
Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami
percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau
utusan Allah).’
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan
kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita
gembira kepada orang2 yang sabar."(Al-Baqarah : 155)
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila
para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya
berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun
UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK
MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita
dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari
qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umatku dikenali kerana
WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’." Bila
qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang
mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat
sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu
itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah
debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan
memasuki alam syurga, sehingga
setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa
mereka adalah Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw
bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan
TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu
mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malamJumaat
jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin
Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari
qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada
Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku
telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli
puasa) dari kubur! mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala
makanan yang digoreng
dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru,
wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang
belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan
bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman
yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka
sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah
swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang
telah kamu
kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."