Doaku Kepada Tuhan
Thursday, April 20th, 2006Dalam keadaan dunia yang semakin senja di hari ini, terlalu banyak bebanan, cabaran, tanggungjawab dan amanah yang maha berat dipikul oleh setiap individu baik sebagai seorang pemimpin, sehinggalah sebagai seorang kawan. Sebagai manusia yang beragama, kita percayai segala tingkah laku yang kita perlakukan akan diadili dan dipertanggungjawabkan dengan dacing dosa dan pahala.
Tapi berapa banyakkah, dan adakah dalam hidupan harian kita sebagai manusia dipengaruhi oleh batasan dosa dan pahala yang digariskan? Di waktu kini, amat sedikit sekali manusia bersifat muhasabah diri, tapi ramai yang bersifat umpama “SEKALI PERANGAI JAHAT NAMPAK…SEUMUR HIDUP ORG AKAN PERKATAKAN”. Adakah ini sifat nabi junjungan kita yang diajarkan kepada kita? Memang manusia tidak lari dari melakukan kesalahan, baik secara sedar dan sengaja, ataupun sebaliknya. Kita telah diajar untuk meredhai sesama sendiri dan kita sendiri mengakui ajaran Baginda, tetapi mengapa masih lagi ada unsur fitnah, musuh-memusuhi, sakit hati, agenda tersembunyi dan dengki mendengki? bukankah agama mengajar kita meredhai sesama sendiri? Ketahuilah, banyakkan bermuhasabah jika ingin mengenali diri dan ilahi.
Sesungguhnya di akhir hari nanti Tuhanlah sebaik-baik Maha Pelindung dan Pengadil bagi golongan-golongan yang dizalimi. Sebagaimana Mos Def dan chorusnya dalam lagu bertajuk “Love”, “I BELIEVE”. I believe no one will escape from the Judgement Day. Akan diperhitungkan dan diadili biarpun sekecil biji sawi! Akan ku ungkit dan SUMPAH AKAN KU KATAKAN! Sebagai saksi dan mangsa, tidak akan aku lepaskan manusia sebegini di hari perhitungan nanti! Sesungguhnya aku tidak mampu menahan hati lagi.
Dalam menabur harapan secebis benih setia, ku dampakan semangat juang sehidup semati, semangat kasih dan sayang yang ku rasakan secerah matahari.
Secerah matahari ku rasakan, rupa-rupanya hujan di tengahari. harapkan pagar, pagar makan padi dalam rangkaian setia sehidup semati.
Dikala dizalimi halus dengan kata-kata fitnah disandarkan dengan penuh kedayusan, kemungkaran dan kejahilan, aku keseorangan berhadapan dengan dunia yang tersemat rangkaian dendam kebencian membara.
Bukan setakat kawan yang pernah aku bermegah dan sayangi, dalam kekosongan kesamaran malam aku kehilangan kepercayaan yang hampir rapuh berkubur, semenjak itu sehingga kini.
Aku terhantuk penuh keresahan, jiwaku lara tiada ketenangan mengenang masa lalu dan kini. Dalam kesedihan penyesalan ku tadahkan tangan kepada Ilahi, sepenuh hati jiwa dan raga dalam sujud ini.. Aku ingin bermuhasabah membaiki diri di usia dunia yang semakin senja yg penuh tipu daya yang beronak duri.
Ya tuhan ku, daku mohon kepadaMu ini. Ampunilah dosa ku, dosa kedua ibubapaku, dan kasihanilah kedua-dua org tuaku sebagaimana mereka mendidik ku sejak kecil azali.
Ya tuhanKu, berikanlah petunjuk, hidayah dan keadilanMu, terutamanya kepada org yang difitnah dan dizalimi. sesungguhnya akhir zaman orang hina dijunjungi, sedangkan org yang mulia dihina diludahi, sesungguhnya aku tak relai.
Mengenang diri, dengan rahmatMu aku mohon agar berikanlah kekuatan untukku mengharungi perjalanan ini, dikala mereka berkuasa sewaktu ini. Ku pohon agar Kau mengadili dan menghukumi manusia sebegini, dengan balasan hukuman seberat-beratnya sebagaimana BERATnya mereka menzalimi. Sesungguhnya aku berpegang teguh dengan janjiMu ya ilahi.