Doaku Kepada Tuhan

Dalam keadaan dunia yang semakin senja di hari ini, terlalu banyak bebanan, cabaran, tanggungjawab dan amanah yang maha berat dipikul oleh setiap individu baik sebagai seorang  pemimpin, sehinggalah sebagai seorang kawan. Sebagai manusia yang beragama, kita percayai segala tingkah laku yang kita perlakukan akan diadili dan dipertanggungjawabkan dengan dacing dosa dan pahala.

Tapi berapa banyakkah, dan adakah dalam hidupan harian kita sebagai manusia dipengaruhi oleh batasan dosa dan pahala yang digariskan? Di waktu kini, amat sedikit sekali manusia bersifat muhasabah diri, tapi ramai yang bersifat umpama “SEKALI PERANGAI JAHAT NAMPAK…SEUMUR HIDUP ORG AKAN PERKATAKAN”. Adakah ini sifat nabi junjungan kita yang diajarkan kepada kita? Memang manusia tidak lari dari melakukan kesalahan, baik secara sedar dan sengaja, ataupun sebaliknya. Kita telah diajar untuk meredhai sesama sendiri dan kita sendiri mengakui ajaran Baginda, tetapi mengapa masih lagi ada unsur fitnah, musuh-memusuhi, sakit hati, agenda tersembunyi dan dengki mendengki? bukankah agama mengajar kita meredhai sesama sendiri? Ketahuilah, banyakkan bermuhasabah jika ingin mengenali diri dan ilahi.

Sesungguhnya di akhir hari nanti Tuhanlah sebaik-baik Maha Pelindung dan Pengadil bagi golongan-golongan yang dizalimi. Sebagaimana Mos Def dan chorusnya dalam lagu bertajuk “Love”, “I BELIEVE”. I believe no one will escape from the Judgement Day. Akan diperhitungkan dan diadili biarpun sekecil biji sawi! Akan ku ungkit dan SUMPAH AKAN KU KATAKAN! Sebagai saksi dan mangsa, tidak akan aku lepaskan manusia sebegini di hari perhitungan nanti! Sesungguhnya aku tidak mampu menahan hati lagi.

Dalam menabur harapan secebis benih setia, ku dampakan semangat juang sehidup semati, semangat kasih dan sayang yang ku rasakan secerah matahari.

Secerah matahari ku rasakan, rupa-rupanya hujan di tengahari. harapkan pagar, pagar makan padi dalam rangkaian setia sehidup semati.

Dikala dizalimi halus dengan kata-kata fitnah disandarkan dengan penuh kedayusan, kemungkaran dan kejahilan, aku keseorangan berhadapan dengan dunia yang tersemat rangkaian dendam kebencian membara.

Bukan setakat kawan yang pernah aku bermegah dan sayangi, dalam kekosongan kesamaran malam aku kehilangan kepercayaan yang hampir rapuh berkubur, semenjak itu sehingga kini.

Aku terhantuk penuh keresahan, jiwaku lara tiada ketenangan mengenang masa lalu dan kini. Dalam kesedihan penyesalan ku tadahkan tangan kepada Ilahi, sepenuh hati jiwa dan raga dalam sujud ini.. Aku ingin bermuhasabah membaiki diri di usia dunia yang semakin senja yg penuh tipu daya yang beronak duri.

Ya tuhan ku, daku mohon kepadaMu ini. Ampunilah dosa ku, dosa kedua ibubapaku, dan kasihanilah kedua-dua org tuaku sebagaimana mereka mendidik ku sejak kecil azali.

Ya tuhanKu, berikanlah petunjuk, hidayah dan keadilanMu, terutamanya kepada org yang difitnah dan dizalimi. sesungguhnya akhir zaman orang hina dijunjungi, sedangkan org yang mulia dihina diludahi, sesungguhnya aku tak relai.

Mengenang diri, dengan rahmatMu aku mohon agar berikanlah kekuatan untukku mengharungi perjalanan ini, dikala mereka berkuasa sewaktu ini. Ku pohon agar Kau mengadili dan menghukumi manusia sebegini, dengan balasan hukuman seberat-beratnya sebagaimana BERATnya mereka menzalimi. Sesungguhnya aku berpegang teguh dengan janjiMu ya ilahi.

6 Responses to “Doaku Kepada Tuhan”

  1. Napi Says:

    doa goes highest regards to my beloved blood in blood out family (sanggupku keratkan badan ini), airweck (love you sayang) n her family, close frens n my malay uk family ( yeaa mate u know who u are, preston n manchester!)sedekah to people that endures this hardships..ps: ayat mulia tapi dhina dan doa ku dediketkan skali dgn incik kaz n incik jal..brothers main kerat bahh (mbak kata kaz) yeahaa

  2. AirwEckiE Says:

    BUT HE GUIDETH TO HIMSELF THOSE WHO TURN TO HIM IN PATIENCE, THOSE WHO BELIEVE AND WHOSE HEARTS FIND PEACE AND SATISFACTION IN THE REMEMBRANCE OF GOD: FOR WITHOUT DOUBT IN THE REMEMBRANCE OF GOD DO HEARTS FIND SATISFACTION AND PEACE .

    (Qur’an 5.13:27-28)

  3. AirwEckiE Says:

    my prayers are with you everytime sayang. i love you thru ups and downs.. =)

  4. PartyHardy LVM Says:

    nang sastera abis la ayat2 kau ya…tapi ‘mos def’ ada dlm sastera melayu ka?hehehe…good job buddy!!!

  5. Napi Says:

    eheh thanks buddeh, nothing lah up wit the blog, just an expression of my innerself of how i look at the world today, but sik sangka boleh pull this thing..ahah lautan emosi mbak kata jal dalam bahasa english bah yeah

  6. aelma Says:

    AMIN!! =)

    p/s: wishin u d very best dear. God is great. *wink*

Leave a Reply